UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 2
Simplified search suggestions : Mohd Yusri Ibrahim
12012
Article
Analisis trend hujan di bandaraya Ipoh Perak 1970-2007
Hashim Mohmadisa, Ismail Wan Ruslan, Nayan Nasir, Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Ibrahim Mohd Hairy,
Penelitian terhadap trend hujan jangkamasa panjang adalah penting dan relevan dalam kajian hidrologi khususnya sebagai alat untuk mengesan dan mengenalpasti perubahan yang berlaku dalam sistem hidrologi. Untuk itu, data hujan bulanan dan tahunan dari tahun 1970 hingga 2007 yang diperolehi daripada Jabatan Meteorologi Malaysia dianalisis dengan menggunakan ujian statistik dan Ujian Mann-Kendall bagi mengesan perubahan (meningkat, menurun atau stabil) atau trend yang berlaku. Dapatan kajian menunjukkan trend hujan tahunan meningkat dari tahun 1970-2007 dengan purata tahunan 2497 mm. Rekod juga menunjukkan bahawa trend hujan yang meningkat semasa Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya dalam tempoh yang sama. Hujan maksimum adalah pada bulan April dan Oktober iaitu semasa berlakunya pertukaran monsun. Rekod juga menunjukkan kawasan Ipoh menerima hujan paling banyak semasa Monsun Timur Laut walaupun stesen hujan terletak di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia dengan purata 1016 mm. H.....

6496 hits

22023
Thesis
Amalan toleransi beragama di Malaysia menurut Maqasid Syariah
Mohd Yusri Ibrahim
Kajian ini bertujuan menganalisis amalan toleransi beragama di Malaysia dengan memfokuskan kepada pendapat ulama fiqh silam dan sarjana kontemporari berkaitan amalan toleransi beragama serta kedudukannya dalam kerangka maqa>s}id syari>‘ah. Objektif kajian ini ialah menganalisis amalan toleransi beragama yang diamalkan di Malaysia yang menepati roh maqa>s}id syari>‘ah khususnya berkaitan dengan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan, undang-undang serta dasar-dasar negara yang dilaksanakan di Malaysia. Selain itu, objektif kajian ini juga adalah menganalisis kesan positif dan negatif amalan toleransi beragama yang telah dilaksanakan di Malaysia melalui penelitian terhadap amalan masyarakat, undang-undang serta dasar-dasar negara. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis kandungan terhadap pendapat fuqaha dalam kitab-kitab fiqh tura>th serta pandangan sarjana kontemporari dan peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan, akta/e.....

1277 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.