UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Monica Henry |
1 | 2017 Thesis | Keberkesanan pelaksanaan latihan dalam perkhidmatan terhadap guru-guru sekolah Tamil di negeri Perak Monica Henry Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pelaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) terhadap guru-guru sekolah Tamil (SJKT) di negeri Perak. Keberkesanan LADAP dalam kalangan guru-guru sekolah Tamil telah dikaji dari segi faktor-faktor perkembangan pendidikan kini, motivasi guru, pengurusan fasiliti dan kualiti penceramah. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dalam menentukan keberkesanan LADAP. Borang soal selidik digunakan untuk mengumpul data. Seramai 150 orang guru dari beberapa buah sekolah Tamil daerah Kuala Kangsar, Kinta, Hilir Perak, Larut Matang dan Selama telah dipilih secara rawak bagi mewakili populasi kajian. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap keberkesanan LADAP berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga mendapati tidak wujud perbezaan signifikan keberkesanan LADAP berdasarkan umur, jantina dan pengalaman bekerja. Implikasi kajian mendapati bahawa tahap keberkesanan LADAP perlu ..... 640 hits |