AbstractKertas ini merupakan suatu imbasan atau "Reflection" yang akan cuba mengaitkan aspek pentadbiran atau pengurusan kebudayaan dalam konteks professionalisme serta kaitan dengan halatuju merangka sesuatu program pembangunan kebudayaan yang "Comprehensive" di awal abad ke 21 ini. Malaysia sebagai sebuah negara merdeka, makmur, berdaulat, diketahui umum tentang latarbelakang sejarah, politik, ekonomi, sosiol dan kebudayaan, akan memberi jawapan tersendiri kenapa struktur dan sistemnya yang ada berlatarkan kepelbagaian kaum, peringkat hiraki kuasa dalam sesebuah persekutuan (federalism) suatu gerakan yang perlu sekarang selepas kemerdekaan sejak 1957, adalah kesediaan masyarakat yang berbilang kaum, berbilang kepercayaan, adat resam, bahasa pertuturan, mengembelingkan tenaga menunaikan ikrar dan janjisetia sewaktu negara mencapai kemerdekaan...