AbstractKolaborasi dalam pendidikan vokasional melalui teknologi secara blended learning. Blended learning (BL) atau istilah dalam Bahasa Melayu ialah pembelajaran teradun, menggambarkan sebuah model pembelajaran hibrid di mana pendekatan pengajaran tradisional secara bersemuka dan aktiviti pembelajaran secara elektronik. Pembelajaran kolaboratif adalah satu pendekatan pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kumpulan pelajar bekerjasama untuk menyelesaikan masalah, tugasan, atau mencipta sesuatu. Ulasan keberkesanan pembelajaran BL melalui kolaborasi, bermula dengan konsep istilah dan kelebihan dari kaedah kolaborasi melalui teknologi Web 2.0. Kaedah pembelajaran yang terhasil dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam kolaborasi melalui teknologi. Kaedah pembelajaran secara BL adalah juga sebagai sebahagian dari langkah transformasi pendidikan vokasional.
Kata kunci: Pembelajaran teradun, vokasional, kolaborasi, Web 2.0, Kolej Vokasional...