AbstractKajian longitudinal ini bertujuan mengenal pasti faktor peramal bakat sukan bola sepak dalam
kalangan pemain lelaki berumur 14 hingga 17 tahun. Persampelan rawak mudah yang melibatkan
responden elit (n=20) responden sub elit (n=20) pemain bola sepak lelaki. Statistik
deskriptif dilaporkan dalam bentuk frekuensi dan peratus. Analisis statistik inferensi
digunakan bagi melaporkan status kebolehpercayaan, ujian-t sampel tidak bersandar, ujian-t
sampel berpasangan dan analisis regresi berganda. Pada amnya terdapat perbezaan min
ketinggian, kekuatan otot, daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, orientasi
tugasan, kebimbangan kognitif, keyakinan diri, kemahiran menimang, kemahiran hantaran
dekat, kemahiran menggelecek dan kemahiran menjaring bagi 20 pemain bola sepak elit dan pemain bola
sepak sub elit. Sehubungan i.....