UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Muhamad Muzamil Boriak |
1 | 2022 thesis | Hubungan burnout dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru pendidikan jasmani sekolah rendah di daerah Kuala Langat, Selangor Muhamad Muzamil Boriak Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau sejauh manakah tahap burnout dan tahap
kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru Pendidikan Jasmani sekolah rendah di
daerah Kuala Langat. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat hubungan kepuasan
kerja dan burnout. Sejumlah 78 orang responden secara pensampelan bertujuan dan
berkelompok yang melibatkan guru-guru Pendidikan Jasmani sekolah rendah di
daerah Kuala Langat, Selangor terlibat dalam kajian ini. Segala maklumat diperoleh
dengan menggunakan satu set soal selidik. Data yang telah dikumpulkan diproses
dengan menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS ver 22.0).
Analisis statistik deskriptif dan inferensi digunakan melibatkan analisis ujian t,
Anova dan korelasi Pearson bagi mencari jawapan kepada persoalan kajian yang
dibentuk. Dapatan kajian menunjukkan responden mengalami tahap burnout yang
rendah dan tahap kepuasan kerja yang tinggi. Secara keseluruhan analisis inferensi,
perbezaan dari segi demografi menunjukk..... 1153 hits |