AbstractHadis mu_allah merupakan hadis yang mengandungi _illah atau kecacatan tersembunyi padanya dan berlaku pada riwayat-riwayat perawi yang thiqah. Oleh itu, ia hanya dapat diketahui oleh nuqqad hadis sahaja. Terdapat 13 Bentuk-bentuk hadis mu_allah juga dikenal pasti terdapat dalam hadis marfu_ dalam Al-Sunan Al-Arba_ah khususnya Mu_amalat Maliah. Kajian mendapati bahawa sebahagian muhaqqiq hadis kontemporari tidak menitikberatkan soal pengaplikasian ilmu _ilal hadis ketika melakukan kajian terhadap sesebuah hadis. Oleh kerana itu, terdapat hadis-hadis mu_allah yang dinilai sahih atau hasan oleh mereka. Kajian ini bertujuan menganalisis status hadis-hadis mu_allah berkaitan Mu_amalat Maliah yang terdapat dalam Al-Sunan Al-Arba_ah. Selain itu, kajian ini juga mengenalpasti terdapat lapan faktor-faktor penulis Al-Sunan Al-Arba_ah memasukkan hadis mu'allah dalam kitab Sunan mereka. Kajian ini menggunakan metodologi pengumpulan dan menganalisis data. Kajian ini menfokuskan kepada 32 hadis Mu_a.....