UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 3
Simplified search suggestions : Muhammad Atiullah Othman
12015
thesis
Elemen tanggungjawab menurut Ibnu Taymiyyah dan Immanuel Kant
Muhammad Atiullah Othman
Kajian ini membincangkan tanggungjawab manusia antara Ibnu Taymiyyah yang mewakili dunia Islam dan Immanuel Kant yang mewakili dunia Barat. Tanggungjawab dalam pemikiran Ibnu Taymiyyah adalah hasil daripada pandangan kritis terhadap pemikiran aliran-aliran sebelumnya iaitu al-Jabariyyah, Muktazilah dan al-Asha'irah. Manakala, tanggungjawab dalam pemikiran Immanuel Kant adalah melestarikan pandangan kritis terhadap pemikiran sebelumnya iaitu determinism incompatabilism (pemikiran fatalisme) dan indeterminism (menolak pemikiran fatalisme). Objektif pertama kajian ini adalah menjustiftkasi tanggungjawab manusia yang melibatkan kudrat, pengetahuan, kehendak dan perbuatan manusia. Objektif kedua adalah menjelaskan konsep dan elemen tanggungjawab dalam pemikiran Ibnu Taymiyyah dan Immanuel Kant. Objektif ketiga adalah membuat penilaian konsep dan elemen tangggungjawab dalam pemikiran kedua-duanya. Bagi mencapai objektif ini, metode kajian yang digunakan adalah analisis dokumen iaitu mengumpu.....

1230 hits

22008
monograph
Falsafah nilai dan akhlak dalam strategi ketenteraan Islam
Othman Muhammad Atiullah,
'Falsafah Nilai dan Akhlak dalam Strategi Ketenteraan Islam' merupakan satu perbincangan terhadap persoalan yang berkait rapat dengan isu-isu etika dan strategi di dalam mendaulatkan Islam sebagai satu cara hidup. Objektif kajian ini adalah membentuk kod etika yang kukuh dan mapan untuk setiap individu muslim yang terlibat di dalam perjuangan mendaulatkan islam dan sebagai respon kepada Barat. Selain daripada itu, kajian ini mengemukan satu kerangka strategi yang baru agar menerangkan secara terperinci dari aspek etika dan strategi berdasarkan prinsip Akidah (Kepercayaan Islam), Syariah (Undang-undang Islam) dan Akhlak (Etika Islam). Kajian ini menggunakan kaedah diskriptif yang meliputi persoalan-persoalan yang merentasi etika perjuangan zaman Rasulullah sehingga para sahabat baginda berserta nas-nas Al-Quran dan Hadis. Hasil kajian ini adalah pemahaman satu sistem nilai dan kod etika yang sebagaimana terkandung di dalam sumber-sumber wahyu yang berdasarkan tiga bahagian justifikasi m.....

1030 hits

32014
article
Kajian justifikasi dan pengkategorian tanggungjawab terhadap kehendak manusia menurut perspektif Islam dan barat
Othman Muhammad Atiullah, Ismail lndriaty,
Kajian ini memfokuskan kepada kaitan kehendak dengan tanggungjawab. Isu ini sangat berkait rapat dengan kebebasan kehendak dengan pilihan kemahuan manusia yang hangat dibincangkan oleh ahli akademik dan ahli falsafah barat, iaitu sama ada menerima teori determinism atau indeterminism kerana kehendak manusia pasti mempunyai makna yang perlu ada pertanggungjawaban. Perbahasan ini sebenarnya adalah pandangan klasik pemikiran Islam yang diadaptasi daripada diskusi Muktazilah dan al-Ashairah. Tujuan kajian ini ialah memahami konsep kehendak dari perspektif Islam dan Barat serta mengenal pasti sejauh mana kaitan kehendak dengan tanggungjawab manusia. Metodologi yang digunakan adalah kajian perpustakaan dengan merujuk bahan-bahan bacaan terdahulu dan terkini. Kaedah yang digunakan adalah kaedah induktifbagi memahami konsep-konsep kehendak serta kaedah deduktif dengan menyifatkan makna-makna kehendak kepada kategori pertanggungjawaban atau sebaliknya. Hasil kajian ini mengenengahkan beberapa k.....

657 hits

Filter
thesis ... (1)
article ... (1)
monograph ... (1)



Specific Period







Top 5 related keywords

+Muhammad +Atiullah +Othman




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.