UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Muhammad Faiz Najmi Zahari |
1 | 2023 Final Year Project | Pembangunan dan kebolehgunaan modul pengajaran inkuiri 5E Berasaskan STEM bagi topik impuls dan daya impuls dalam kalangan guru pelatih Fizik di Universiti Pendidikan Sultan Idris Muhammad Faiz Najmi Zahari STEM ialah pendidikan yang berteraskan kepada pengintegrasian empat bidang iaitu
Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah
untuk membangunkan Modul Pengajaran Inkuiri 5E Berasaskan STEM bagi topik
impuls dan daya impuls dalam mata pelajaran Fizik Tingkatan Empat dan mengkaji
tahap kebolehgunaan modul dalam kalangan guru pelatih Fizik di UPSI. Kajian ini
adalah kajian reka bentuk pembangunan dan menggunakan model ADDIE sebagai
panduan untuk menyiapkan modul ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang
kesahan dan borang soal selidik kebolehgunaan. Seramai tiga orang pakar dalam bidang
Fizik telah dipilih dalam kajian ini untuk menilai kesahan muka dan kandungan bagi
modul dan borang soal selidik kebolehgunaan. Seramai 15 orang guru pelatih Fizik
semester tujuh dipilih secara persampelan rawak mudah bertujuan untuk menilai tahap
kebolehpercayaan dan 50 orang guru pelatih Fizik semester tujuh dan lapan adalah
untuk menilai kobol..... 373 hits |