AbstractKajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh motivasi dan efikasi
kendiri terhadap pencapaian pelajar dalam pembelajaran bahasa Mandarin sebagai
bahasa kedua di Kolej Vokasional. Teori Penentuan Matlamat, Teori Penentuan
Kendiri dan Teori Efikasi Kendiri telah digunakan kerana mampu untuk menyokong
keseluruhan pemboleh ubah yang digunakan didalam kajian ini. Seramai 201 orang
pelajar Kolej Vokasional telah dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak
berstrata untuk menjadi responden terhadap kajian ini. Reka bentuk kajian adalah
berbentuk kuantitatif menggunakan borang soal selidik. Kebolehpercayaan bagi
keseluruhan instrumen motivasi dan efikasi kendiri berada pada tahap yang tinggi
dengan nilai Alpha Cronbach bagi instrumen motivasi ialah 0.87 manakala efikasi
kendiri ialah 0.84. Data seterusnya telah dianalisis dengan menggunakan perisian IBM
SPSS versi 25. Dapatan kajian deskriptif menunjukkan tahap motivasi pelajar dalam
mempelajari bahasa Mandarin ad.....