UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Muhammad Ismail Omar |
1 | 2016 thesis | Analisis penyumbang terhadap amalan pengintegrasian ICT dalam kalangan guru sekolah rendah Muhammad Ismail Omar Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada amalan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru sekolah rendah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berasaskan rekabentuk tinjauan. Populasi kajian terdiri daripada guru-guru di sekolah rendah di Terengganu. Seramai 222 orang guru telah dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Pemilihannya dibuat secara persampelan rawak berstrata. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru termasuk penyediaan bahan, pelaksanaan dalam bilik darjah adalah tahap sederhana tetapi dalam aspek komunikasi adalah rendah. Sungguhpun kesediaan guru dari aspek perspektif umum terhadap ICT, matlamat mengintegrasikan ICT dan motivasi guru adalah pada tahap tinggi. Namun begitu kesediaan dari aspek luaran seprti latihan pengintegrasian ICT, kemahiran ICT, sumberICT dan sokongan pentadbir adalah pada tahap sederhana. Aspek kebimbangan guru dalam pengintegra..... 3462 hits |
2 | 2001 conference_item | DPMP: wadah perjuangan penulis Pahang Syed Abdullah Syed Ahmad, DPMP ditubuhkan pada 17 Mei 1957 di Sekolah Laki-laki Temerloh. Kira-kira seratus orang penulis, peminat, guru-guru, ustaz merupakan tenaga awal penubuhannya dan mereka inilah yang hadir pada hari yang bersejarah itu. Antara objektif penubuhannya ialah menyatukan penulis-penulis, peminat sastera dan penggiat budaya ke dalam suatu organisasi yang berperlembagaan. Sebelum itu Pahang telah mempunyai penulis yang menulis bersendirian seperti Dato' Shihabudin Zainal Abidin (ulama) yang banyak menghasilkan karya agama dalam genre syair. Dalam kurun kelima belas hingga ketujuh belas tradisi menulis terus menerus disambung pula oleh Cikgu Ahmad Kotot, Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan diterbitkan tahun 1928. Cikgu Ahmad adalah bekas penuntut Maktab Perguruan Melaka sebelum berpindah ke Tanjung Malim. Selepas itu timbul pula penulis IBHY iaitu Ibrahim Haji Yaacob yang banyak menulis rencana-rencana tentang nasib dan perjuangan orang-orang Melayu. Beliau merupakan pelajar Sultan Idris Training C..... 1352 hits |