AbstractKajian ini bertujuan untuk mengeksplorasi dan mengaplikasikan teknik linear drumming dalam konteks
iringan muzik pop tradisional Malaysia. Kebolehan dalam permainan teknik linear drumming selain
daripada teknik konvensional ataupun layered drumming dapat meningkatkan versatiliti yang terdapat
pada seseorang pemain dram. Kajian ini telah menggunakan metodologi practice- based. Pengumpulan
data bagi proses kreatif ilmiah adalah melalui jurnal reflektif, analisis diskografi dan
pemilihan repertoir manakala proses kreatif artistik adalah meliputi rakan kritikal,
eksperimentasi, latihan individu dan latihan berkumpulan. Kajian ini mendapati bahawa terdapat
lima elemen yang menyumbang kepada teknik linear drumming iaitu: (a) kompleksiti ritma, (b)
aksen, (c) koordinasi, (d) orkestrasi dan (e) ghost-note. Pengaplikasian teknik linear drumming
yang merangkumi lima elemen ini menyebabkan permainan pola rentak pada .....