AbstractKelahiran Anak Tak Sah Taraf (ATST) semakin membimbangkan apabila data menunjukkan kes-kes rogol sering meningkat saban hari. Anak-anak ini menjadi mangsa keadaan apabila penamaan nasab mereka tidak dapat dinamakan kepada bapa biologinya. Mereka didakwa melakukan pelbagai masalah sosial dalam tempoh tumbesaran akibat kekeliruan terhadap penamaan nasab mereka. Sehubungan dengan itu, artikel ini dihasilkan bertujuan untuk melihat masalah-masalah sosial yang dihadapi oleh ATST yang dinamakan dengan nama Abdullah bagi menggantikan nama ibu sebagai jalur yang sah. Falsafah di sebalik kajian ini adalah interpretif, manakala strategi kajian pula ialah kajian kes. Kajian ini juga mengadaptasikan reka bentuk kualitatif dengan kaedah pengumpulan data adalah kombinasi teknik analisis kandungan dokumen dan temu bual soalan separa berstruktur. Setelah data dokumen dan data temu bual diperoleh, kaedah analisis kandungan dokumen digunakan sekali lagi dalam proses menganalisis data-data ini yang mana .....