UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Muhammad Nadzim Hamzah |
1 | 2022 thesis | Keberkesanan latihan teknikal dan taktikal bagi meningkatkan pengetahuan dan prestasi aksi taktikal pemain hoki Muhammad Nadzim Hamzah Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan latihan teknikal dan taktikal bagi
meningkatkan pengetahuan dan prestasi aksi taktikal pemain hoki dari sekolah berstatus
Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS). Reka bentuk kajian yang dijalankan adalah
berbentuk kuasi eksperimen. Seramai 54 orang subjek yang terlibat untuk menjalankan
kajian ini yang terdiri daripada tiga buah sekolah. Pemain yang terlibat dalam kajian ini
adalah berumur 13-16 tahun. Setiap sekolah terdiri daripada 18 orang pemain. Instrumen
yang digunakan adalah soal selidik TACSIS (Tactical Skills Inventory for Sports), prestasi
aksi taktikal hoki (PATH) untuk melihat prestasi aksi taktikal. Video kamera (Sony, HDRCX240)
digunakan untuk merekod permainan kecil yang ditetapkan iaitu 3 lawan 3 untuk
perbandingan prestasi aksi taktikal, dan program intervensi latihan dijalankan selama
lapan minggu. Data dianalisis menggunakan ujian ANOVA DUA HALA. Hasil kajian
perbezaan min ujian pra dengan ujian pasca mengikut ..... 301 hits |