UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

Simplified search suggestions : Muhammad Nadzir Ibrahim
1
Abstract
Interaksi peradaban dilihat sebagai satu proses yang berlaku kepada mana-mana peradaban. Proses ini melambangkan sifat semulaj adi manusia sebagai watak utama peradaban untuk hidup bermasyarakat. Kesan interaksi akan membawa natijah positif atau negatif kepada sesuatu peradaban. Kesan positif tentunya akan membawa kehidupan masyarakat yang baik, penerapan nilai-nilai mumi dan kecemerlangan kepada peradaban berkenaan. Keadaan ini juga berlaku ke atas peradaban Melayu yang tidak sunyi daripada berinteraksi dengan peradaban lain seperti Cina, India dan Islam. Perubahan besar telah meletakkan asas tamadun Melayu untuk "memperadabkan" atau "mentamadunkan" dirinya sehingga membawa kedudukannya ke mercu kecemerlangan. Kertas kerja ini hanya meninjau kesan positif ke atas peradaban Melayu hasil interaksinya dengan peradaban-peradaban lain...
Conference Item Published 2005 3018 hits Available
2
Abstract
Pembangunan komuniti merupakan satu proses membangunkan komuniti memerlukan tindakan yang menyeluruh. Salah satu konsep yang diberi tumpuan ialah pembinaan keupayaan komuniti dengan pelbagai dimensi di dalamnya. Di Malaysia, kajian mengenai pembangunan komuniti apabila dikaitkan dengan komuniti Orang Kurang Upaya (KOKU) masih mempunyai banyak ruang untuk diterokai. Kajian secara khusus menjurus kepada konsep pembinaan keupayaan komuniti masih belum dikaji secara menyeluruh khususnya kepada Komuniti Orang Kurang Upaya Fizikal (KOKUF). Bagi KOKUF yang telah mendapat pendedahan melalui program kemahiran, pemilihan dimensi tertentu pembinaan keupayaan komuniti adalah penilaian terbaik untuk melihat sejauh manakah pembangunan komuniti telah berlaku dalam kalangan komuniti ini. Oleh itu dimensi yang sesuai dan tepat adalah penting agar kajian terhadap KOKUF mencapai maksud sebenar dalam menilai proses dan hasil pembinaan kapasiti komuniti. Lima dimensi utama diberi tumpuan dalam proses dan h.....
Article 421 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.