UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Muhammad Nor Faiz Ab Aziz |
1 | 2021 thesis | Kesan latihan bebanan terhadap komposisi tubuh dan kekuatan otot individu berlebihan berat badan Muhammad Nor Faiz Ab Aziz Latihan bebanan merupakan salah satu kaedah latihan yang sering digunakan untuk
meningkatkan kekuatan dan saiz otot. Tujuan kajian ini adalah menentukan kesan
latihan bebanan terhadap indeks jisim tubuh (BMI), jisim otot, peratusan lemak tubuh,
kekuatan genggaman tangan dan ulangan maksimum tekan tubi dalam kalangan
pelajar lelaki berlebihan berat badan lelaki. Teori Esco telah digunakan dalam kajian
ini yang menekankan tentang kepentingan latihan bebanan untuk meningkatan
kekuatan dan ketahanan otot. Kajian ini menggunakan kaedah kuasi-eksperimental
sebagai reka bentuk kajian. Peserta kajian dipilih berdasarkan kriteria iaitu pelajar
lelaki yang mempunyai indeks BMI 23.00 – 27.4. Subjek kajian terdiri daripada 20
pelajar lelaki (BMI 25.76 ± 1.35, umur 23.05 ± 2.14 tahun) yang telah dipilih secara
rawak. Instrumen kajian terdiri daripada alat analisis komposisi tubuh digunakan
untuk mengukur BMI, peratusan lemak dan jisim otot. Kekuatan otot diukur melalui
ujian kekuata..... 631 hits |