UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Muhammad Nur Aizuddin Abdul Rahman |
1 | 2021 thesis | Hubungan antara aktiviti fizikal dan halangan organisasi terhadap tahap stres bekerja guru Muhammad Nur Aizuddin Abdul Rahman Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap aktiviti fizikal, tahap stres bekerja dan
halangan melakukan aktiviti fizikal guru-guru sekolah. Disamping itu, kajian ini juga
mengkaji perkaitan tahap aktiviti fizikal dengan tahap stres bekerja dan perkaitan tahap
aktiviti fizikal dengan halangan melakukan aktiviti fizikal guru-guru sekolah di negeri
Perak. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik The International Physical
Activity Questionnaire versi pendek, Teachers Stress Inventory (TSI) dan Barriers in
Physical Activity and Exercise Participation (BPEP). Subjek kajian adalah populasi
guru sekolah di negeri Perak (N=380). Dapatan kajian menunjukkan tahap aktiviti
fizikal mengikut urutan kepentingan ialah rendah (55%), sederhana (37.1%) dan tinggi
(7.4%) manakala tahap stres bekerja mengikut urutan kepentingan pula ialah sederhana
(58.4%), rendah (40%) dan tinggi (1.6%). Faktor struktur dan organisasi merupakan
halangan utama kepada guru-guru sekolah melakukan aktivit..... 783 hits |