UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Muhammad Ridzwan Ramli |
1 | 2020 thesis | Penggunaan strategi psikologi atlet taekwondo semasa pertandingan di kejohanan jemputan kebangsaan Pulau Pinang 2018 Muhammad Ridzwan Ramli
Kajian ini bertujuan mengenalpasti penggunaan strategi psikologi atlet taekwondo semasa pertandingan di kejohanan taekwondo jemputan kebangsaan Pulau Pinang 2018. Kajian ini berkaitan strategi psikologi (kemahiran psikologi) yang digunakan oleh atlet taekwondo semasa pertandingan dengan pembolehubah kajian jantina, kategori pertandingan, pencapaian, pengalaman dan umur. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan untuk menjawab objektif kajian. Seramai 73 orang atlet taekwondo (lelaki n=45; perempuan n=28) dari Persatuan Taekwondo Negeri Kedah telah dipilih dengan menggunakan pensampelan rawak mudah terlibat dalam kajian ini. Innstrumen soal selidik yang digunakan dalam kajian ini iaitu Test of Performance Strategy (TOPS) yang telah dibangunkan oleh Hardy et al. yang mempunyai sembilan (9) subskala dan 36 item. Kebolehpercayaan soal selidik ini menggunakan pekali Cronbach Alpha dengan julat α = 0.77 dan α = 0.88. Data empirikal kajian telah dianalisis menggunakan statistik deskripti..... 757 hits |