AbstractKajian ini bertujuan untuk mengkaji kebolehgunaan mendakan tanah lumpur sungai (MTLS) sebagai bahan alternatif menggantikan tanah liat konvensional untuk penghasilan seramik kontemporari. Kajian ini berdasarkan pendekatan eksperimental yang menggunakan kaedah studio praktis bagi menguji kadar keplastikan, kadar kecutan, dan kebolehkerjaan MTLS sebagai tanah liat alternatif. Sampel MTLS diperoleh dari tiga lokasi, iaitu Sungai Ringlet, Bertam, dan Tapak Pelupusan Habu di Cameron Highlands yang merupakan kawasan utama kejadian hakisan MTLS di Malaysia. Sampel sedimen ini dikelaskan kepada dua kategori, iaitu MTLS tidak diproses (MTLS1) dan MTLS diproses (MTLS2). Bagi tujuan pemprosesan dan pengekodan, sampel MTLS dikelaskan kepada enam jenis sampel yang terdiri daripada MTLS Sungai Ringlet 1 (R1), MTLS Sungai Ringlet 2 (R2), MTLS Bertam 1 (B1), MTLS Bertam 2 (B2), Sungai Tapak Pelupusan Habu 1 (H1) dan MTLS Tapak Pelupusan Habu 2 (H2). Selain itu, tiga teknik asas penghasilan seramik, ia.....