AbstractMatlamat kajian ini adalah untuk membentuk sebuah model keusahawanan sekolah yang komprehensif dan bersesuaian dengan persekitaran sekolah menengah di Semenanjung Malaysia. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menentukan hubungan antara model keusahawanan sekolah yang dibentuk dengan keberkesanan keusahawanan sekolah. Dalam kajian ini, Teori Perlakuan Terancang (TPT), Teori Efektuasi, Model Isenberg (2010), Model Feld (2012) dan Model Spigel (2017) telah didasari sebagai teori kajian. Kajian ini telah mengetengahkan 11 komponen untuk membentuk model keusahawanan sekolah. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan telah digunakan terhadap pelajar Program Tunas Niaga (PROTUNe) dan pelajar Persatuan Usahawan Muda (PUM). Seramai 391 orang pelajar telah dipilih sebagai sampel kajian berdasarkan persampelan rawak mudah. Data kajian ini telah dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif, kaedah analisis faktor penerokaan (EFA) dan analisis faktor pengesahan (CFA). Dapatan anali.....