|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Muhammad Zulhusnie Khalib |
| 1 | 2025 Thesis | Penilaian kaedah ABAHATA terhadap pembacaan surah Al-Fatihah murid tingkatan 1 sehingga tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan di daerah Melaka Tengah Muhammad Zulhusnie Khalib Kelemahan penguasaan bacaan Surah Al-Fatihah dalam kalangan pelajar sekolah menengah telah dikenalpasti melalui pemerhatian sewaktu pembelajaran di dalam bilik darjah, mendorong kajian ini untuk menilai keberkesanan kaedah ABAHATA. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap penguasaan bacaan Surah Al-Fatihah dalam kalangan murid Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Melaka Tengah, sebelum dan selepas pelaksanaan kaedah ABAHATA, serta menilai keberkesanannya. Reka bentuk eksperimen berkumpulan dengan ujian pra dan pos digunakan dengan melibatkan 12 pelajar lelaki, dengan tujuh pelajar dalam kumpulan rawatan dan lima dalam kumpulan kawalan. Data dikumpul melalui ujian pra dan pos serta soal selidik. Dapatan menunjukkan peningkatan signifikan dalam kumpulan rawatan bagi semua domain: makhraj huruf, hukum tajwid, penulisan rasm, dan tartil serta taranum. Kumpulan kawalan tidak menunjukkan perubahan. Soal selidik mendedahkan persepsi positif, terutamanya keyakinan membaca Al-Qu..... 6 hits |