UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 1 |
1 | 2016 thesis | Nilai estetik pantun dalam tradisi nikah kahwin masyarakat Melayu Tanjung Pinang Riau Indonesia Muharroni Kajian ini bertujuan untuk melihat nilai estetik dalam pantun tradisi nikah kahwin masyarakat Melayu Tanjung Pinang. Masyarakat Melayu Tanjung Pinang menggunakan pantun dalam tradisi nikah kahwin sudah dimulakan dari pertengahan abad ke-19 hingga sekarang. Kajian ini menggunakan teori estetik sastera yang dikemukakan oleh Haji Muhammad Salleh untuk menganalisis. Reka bentuk penyelidikan dalam kajian ini adalah deskriptif kualitatif. Kajian ini menggunakan empat teknik pengumpulan data, iaitu tinjauan langsung, temu bual, dokumentasi, dan kajian kepustakaan. Kajian mendapati bahawa tradisi nikah kahwin masyarakat Melayu Tanjung Pinang melalui lapan tahap, iaitu merisik, meminang, bertunang, menghantar hantaran, akad nikah, cecah inai, berarak dan bersanding. Kesimpulan daripada kajian ini adalah pantun-pantun yang didapati sesuai dengan ciri dan bentuk pantun. Pantun-pantun itu berfungsi sebagai media komunikasi, media pengajaran, dan hiburan. Nilai estetik yang didapati dalam pantun, i..... 506 hits |