UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Mushni Hashim |
1 | 2021 thesis | Aktiviti seni bagi mengurangkan masalah tingkah laku kanak-kanak bermasalah pembelajaran Mushni Hashim Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kaedah aktiviti seni sebagai intervensi untuk
mengurangkan masalah tingkah laku kanak-kanak bermasalah pembelajaran.
Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti tingkah laku, jenis aktiviti seni yang
sesuai dan kesan intervensi terhadap kanak-kanak bermasalah pembelajaran.
Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes telah digunakan dalam kajian
ini. Pemilihan responden kajian dijalankan secara persampelan bertujuan melibatkan
tiga orang kanak-kanak bermasalah pembelajaran dan dua orang guru pendidikan
khas di kelas integrasi pendidikan khas di Sungai Petani. Tiga jenis instrumen kajian
digunakan iaitu senarai semak tingkah laku, protokol temubual dan laporan sesi
intervensi. Sebanyak enam kali pemerhatian telah dilaksanakan dan melalui kaedah
ini di dapati masalah tingkah laku utama antaranya sukar mengekalkan tumpuan,
mudah terganggu, sukar memberikan kerjasama, kurang berinteraksi dengan orang
lain. Dapatan pemerhatian juga tela..... 1558 hits |