AbstractLigan-ligan asetilpirol fencon azin (8), asetiltiofen fencon azin (11), asetilpirol kamfor azin (10), dan asetiltiofen kamfor azin (12) telah disediakan melalui tindak balas kondensasi bersama dengan fencon hidrazon (5) ataupun kamfor hidrazon (6). Data eksperimen menunjukkan bahawa ligan-ligan (8) dan (10) adalah ligan bersifat penderma bidentat N, N manakala, ligan-ligan (11) dan (12) adalah ligan bersifat penderma bidentat N, S. Semua kompleks yang didapati (13), (14), (15) dan (16) membentuk gelang bercincin enam bersama paladium(II).
Kata kunci: Asetilpirol, asetiltiofen, azin, fencon, kamfor, kompleks paladium(II), pengsiklologaman..