AbstractKeputusan Fatwa Kebangsaan terhadap penamaan nasab anak tak sah taraf (ATST) adalah tidak harus untuk dinasabkan kepada bapa biologinya berasaskan kepada sumber-sumber yang kuat daripada al-Quran dan al-Sunnah. Oleh yang demikian, ATST tersebut perlulah dinasabkan kepada ibu sebagai jalur nasab yang sah. Namun begitu, Fatwa Kebangsaan telah memutuskan untuk digantikan dengan nama Abdullah bagi tujuan untuk mengelakkan kesan psikologi dan masalah sosial yang terjadi kepada anak tersebut. Malangnya, objektif dan matlamat tersebut tidaklah seperti yang diinginkan apabila anak-anak itu didakwa menunjukkan kesan yang negatif apabila penamaan mereka dinasabkan kepada Abdullah. Sehubungan dengan itu, artikel ini dihasilkan bertujuan untuk melihat kesan psikologi yang dihadapi oleh ATST yang dinamakan dengan nama Abdullah bagi menggantikan nama ibu sebagai jalur yang sah. Falsafah di sebalik kajian ini adalah interpretif, manakala strategi kajian pula ialah kajian kes. Kajian ini juga mengadap.....