UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Nasuha Mokhtar |
1 | 2017 thesis | Pengaruh pendapatan purata isi rumah dan pemboleh ubah ekonomi terhadap keseimbangan pendapatan negeri-negeri di Malaysia Nasuha Mokhtar Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pengaruh antara pendapatan purata isi rumah dan pemboleh ubah ekonomi terhadap keseimbangan pendapatan negeri-negeri di Malaysia. Kajian ini menggunakan data siri masa melibatkan 14 buah negeri di Malaysia dari tahun 1970 hingga tahun 2014 yang dianggar dengan kaedah regresi kuasa dua terkecil. Regresi ini dilaksana menggunakan model Kuznet (1955) berbantukan rumus Taguchi (2012) dan Tam (2008) bagi mengetahui nilai ambang pendapatan. Nilai ambang ini digunakan untuk mengenal pasti tahap pendapatan purata semasa negeri-negeri di Malaysia berbanding nilai ambang. Empat pemboleh ubah bebas digunakan dalam kajian ini iaitu pendapatan purata isi rumah (PPIR), indeks harga pengguna (IHP), nisbah pendidikan tertier (NPT) dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), manakala pemboleh ubah bersandar iaitu keseimbangan pendapatan pula diproksi kepada pemboleh ubah pekali gini (GN). Hasil analisis mendapati pemboleh ubah PPIR dan NPT mempengaruhi secara positif..... 603 hits |