UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Naufal Bin Nordin |
1 | 2022 article | Pengaruh persepsi visual dan koordinasi motor terhadap pengusaan kemahiran integrasi visual-motor dalam kalangan kanak-kanak prasekolah tadika kemas Naufal Bin Nordin Kemahiran integrasi visual-motor (VMI) berkait rapat dengan kemahiran menulis dan membaca seseorang kanak-kanak. Walau bagaimanapun, tidak diketahui sejauh mana kemahiran persepsi visual dan koordinasi motor mempengaruhi kemahiran VMI mereka. Objektif kajian keratan rentas ini adalah untuk mengukur dan menentukan hubungan di antara kemahiran VMI dengan skor persepsi visual dan skor koordinasi motor bagi satu sampel kanak-kanak prasekolah. Seramai 62 orang kanak-kanak berbangsa Melayu daripada Tadika KEMAS sekitar Kuala Lumpur (min umur 5.48±0.50 tahun) telah menyertai kajian ini. Skor VMI, persepsi visual dan koordinasi motor mereka diukur menggunakan ujian Beery-VMI edisi keenam dan dibandingkan dengan skor standard Amerika Syarikat (AS) (100±15) menggunakan ujian t satu sampel. Hubungan di antara ketiga-tiga skor ini ditentukan menggunakan ujian regresi berganda. Min skor VMI, persepsi visual, dan koordinasi motor adalah masing-masing 99.53±9.26, 101.74±13.40 dan 121.52±13.03. S..... 200 hits |