UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Nazaruddin Abdul Hadi |
1 | 2020 Article | Pengesahan instrumen kesediaan guru dan kesediaan teknologi terhadap penggunaan telefon pintar dalam kalangan guru Reka Bentuk Teknologi sekolah menengah: analisis faktor penerokaan (EFA) Nazaruddin Abdul Hadi Kajian ini bertujuan untuk membuat semakan terhadap instrumen kesediaan guru dan kesediaan teknologi dalam kalangan guru reka bentuk teknologi (RBT) sekolah menengah memanfaatkan penggunaan telefon pintar dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Seramai 125 orang guru RBT terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan kebolehpercayaan Alpha Cronbach dan analisis penerokaan faktor (EFA) dengan menggunakan perisian SPSS. Hasil analisis mendapati nilai Alpha Cronbach yang diperoleh adalah 0.879 dan 0.722 untuk kesediaan guru dan kesediaan teknologi masing-masing iaitu kedua-duanya adalah melebihi 0.60.
Keputusan daripada EFA menunjukkan empat faktor untuk konstruk kesediaan guru dan kesediaan teknologi dengan nilai Eigen masing-masing melebihi 1.0. Konstruk kesediaan guru mempunyai nilai KMO (Kaiser-Meyer-Olkin) 0.581 > 0.5 menunjukkan item-itemnya mencukupi untuk inter-korelasi dan ujian Bartlett adalah signifikan (Chi Square 3175.8..... 984 hits |
2 | 2022 Thesis | Faktor peramal Niat Tingkah Laku guru memanfaatkan peranti mudah alih dalam PdPc Reka Bentuk Teknologi sekolah menengah Nazaruddin Abdul Hadi Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor peramal yang mempengaruhi
Niat Tingkah Laku (NTL) guru memanfaatkan Penggunaan Sebenar (PS) telefon
pintar dalam PdPc Reka Bentuk Teknologi (RBT) sekolah menengah. Kajian juga
menilai kesan mediator dan moderator terhadap hubungan antara konstruk kajian.
Kaedah kajian ialah secara tinjauan dengan menggunakan soal selidik untuk proses
pengumpulan data melibatkan 479 orang guru RBT di Negeri Sembilan yang dipilih
secara persampelan rawak dua peringkat. Penganalisisan data secara statistik
deskriptif pada peringkat pertama dilakukan untuk menjawab persoalan kajian
pertama. Dapatan kajian mendapati Kesediaan Guru (KG), Kesediaan Teknologi
(KT), Persepsi Mudah Guna (PMG), Persepsi Kebergunaan (PK), NTL dan PS berada
pada tahap tinggi. Peringkat kedua penganalisisan melibatkan statistik inferensi iaitu
Analisis Faktor Pengesahan (Confirmation Factor Analysis, CFA) dan Pemodelan
Persamaan Berstruktur (Structural Equation Mode..... 1159 hits |