UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

4 record(s) found

Simplified search suggestions : Nazri Atoh
1
Abstract
Penggunaan gaya bahasa dalam puisi berbeza antara kesusasteraan Arab dengan kesusasteraan Melayu. Gaya bahasa ini memainkan peranan dalam menghasilkan karya sastera yang indah. Walau bagaimanapun, kajian yang dijalankan terhadap gaya bahasa puisi adalah sedikit dibandingkan dengan prosa. Oleh itu, gaya bahasa "ilm al-bayan dalam kesusasteraan Arab dan gaya bahasa perbandingan dalam kesusasteraan Melayu dipilih sebagai dua perkara pokok yang dikaji. Konsep puisi bagi kedua dua kesusasteraan yang berbeza turut dikaji. Teks daripada Diwan Abi Tammam dan Syair Siti Zubaidah dipilih untuk dianalisis bagi melihat persamaan dan perbezaan gaya bahasa yang terkandung dalam kedua-dua teks puisi tersebut. Pendekatan kepustakaan digunakan untuk mengumpul maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kajian. Kajian ini turut menganalisis tanda atau lambang yang terdapat dalam Diwan Abi Tammam dan Syair Siti Zubaidah dengan menggunakan teori semiotik Charles Sander Pierce. Pendekatan bandingan pula diguna.....
Thesis Published 2015 2447 hits Available
2
Abstract
Keindahan sesuatu karya itu dapat dilihat pada penggunaan kata yang menyimpang daripada makna sebenar. Personifikasi adalah antara gaya bahasa yang mendukung konsep penggunaan kata yang menyimpang daripada makna asal. Fungsi personifikasi ini mirip dengan gaya bahasa isticarah yang terdapat dalam kesusasteraan Arab. Ia mendukung fungsi yang sama dengan gaya bahasa personifikasi dalam kesusasteraan Melayu. Gaya bahasa personifikasi merupakan pemberian atau penyerapan sifat manusia kepada benda tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak untuk mendapatkan kesan seni. Oleh itu, makalah ini menganalisis konsep personifikasi dalam kesusasteraan Arab dan kesusasteraan Melayu. Selain itu, makalah ini turut menganalisis persamaan dan perbezaan konsep tersebut dalam ‘Wasf Al-Layl’ Bait Puisi Imru’ Al-Qays dan ‘Duhai Malam’ lirik ciptaan Ad Samad. Didapati pendekatan kepustakaan dan pendekatan bandingan. Kajian ini mendapati bahawa fungsi gaya bahasa ist’arah dalam kesusasteraan Arab ad.....
Article Published 2019 1366 hits Available
3
Abstract
Kesusasteraan merupakan pancaran pemikiran yang dihasilkan oleh sesuatu bangsa, sama ada dalam bentuk lisan atau bertulis. Kesusasteraan Melayu mendapat pengaruh daripada bahasa dan kesusasteraan Arab dengan kedatangan pedagang Arab di Tanah Melayu. Hal ini membawa kepada lahirnya karya puisi Melayu kesan daripada tradisi sastera Arab. Bertitik tolak dengan keakraban bahasa Arab dengan bangsa Melayu, maka kajian ini dijalankan untuk menganalisis persamaan dan perbezaan konsep puisi tradisional antara kesusasteraan Arab dengan kesusasteraan Melayu. Kajian ini menggunakan pendekatan kepustakaan untuk mengumpul maklumatmaklumat yang berkaitan dengan kajian. Pendekatan perbandingan pula digunakan untuk menganalisis persamaan dan perbezaan konsep puisi tradisional antara kesusasteraan Arab dengan kesusasteraan Melayu. Kajian ini mendapati bahawa terdapat persamaan yang ketara antara puisi Arab dengan puisi Melayu pada penggunaan perkataan yang mempunyai susunan tertentu dan mengandungi unsu.....
Article Published 2020 887 hits Available
4
Abstract
Masyarakat Melayu terkenal dengan budaya ketimuran. Masyarakat ini menyampaikan sesuatu makna dengan cara berkias bersesuaian dengan kesantunan mereka dalam berbahasa. Antara cara masyarakat ini menyampaikan makna adalah dengan menggunakan gaya bahasa simile. Oleh itu, kajian ini menggunakan pendekatan semiotik untuk menganalisis gaya bahasa simile dalam Syair Siti Zubaidah. Analisis mendapati bahawa gaya bahasa simile dalam Syair Siti Zubaidah menggunakan perkataan dan tanda yang mempunyai hubungan dengan persekitaran masyarakat ini. Selain itu, ungkapan yang mengandungi gaya bahasa simile dalam Syair Siti Zubaidah merupakan contoh kesantunan dalam berbahasa kerana pemilihan kata yang bersesuaian dengan makna dan keadaan. Kata Kunci simile; tanda; kesantunan; persekitaran Abstract..
Article Published 2013 4 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.