UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 2
Simplified search suggestions : Ngabong Katoi
12021
article
Bentuk puisi tradisional Iban timang jalung
Ngabong Katoi
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis bentuk puisi timang jalung yang dinyanyikan oleh sekumpulan lemambang dalam upacara gawai antu. Kajian ini memanfaatkan pendekatan kualitatif dengan menggunakan kerja lapangan dan kajian kepustakaan serta analisis kandungan. Sampel kajian ialah lemambang yang menyanyikan puisi timang jalung di daerah Betong dan Saratok. Teori strukturalisme digunakan untuk menganalisis bentuk puisi timang jalung. Dapatan kajian menunjukkan bahawa puisi timang jalung distrukturkan oleh baris dan rangkap. Kesimpulannya, bentuk puisi timang jalung diolah berdasarkan pengulangan suku kata pada akhir perkataan dalam baris dan di akhir baris dalam sesuatu rangkap. Implikasinya ialah kajian ini akan memberi pengetahuan tentang konvensi dan bentuk timang jalung. Pengetahuan tersebut dapat dijadikan sumberrujukan kepada para penulis untuk mencipta puisi moden yang berakar-umbikan tradisi.  ..

266 hits

22022
thesis
Bentuk dan isi, watak dan perwatakan dan gaya bahasa dalam puisi tradisional Iban Timang Jalung
Ngabong Katoi
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis puisi tradisional masyarakat Iban timang jalung yang dinyanyikan oleh sekumpulan lemambang dalam upacara gawai antu. Objektif kajian ini ialah untuk melihat bentuk dan isi, menganalisis watak dan perwatakan serta menjelaskan unsur gaya bahasa yang digunakan dalam puisi timang jalung. Kajian ini memanfaatkan pendekatan kualitatif dengan menggunakan kerja lapangan dan kajian kepustakaan serta analisis kandungan. Sampel kajian ialah lemambang yang menyanyikan puisi timang jalung di daerah Betong dan Saratok yang menyanyikan puisi timang jalung dalam upacara gawai antu. Teori strukturalisme dan arketaipal digunakan untuk menganalisis bentuk dan isi, watak dan perwatakan serta gaya bahasa. Dapatan kajian menunjukkan bahawa puisi timang jalung berbentuk naratif yang distrukturkan oleh baris, rangkap dan episod. Isinya pula ialah nyanyian keselamatan, bilik, ruai, peralatan roh orang mati, mangkuk, air tapai, orang mati dan raja berani. Ia m.....

498 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.