|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 1 |
| Simplified search suggestions : Nik Nur Syafina Nik Man |
| 1 | 2025 Thesis | Pembangunan dan keberkesanan modul neomath bagi topik nombor bulat terhadap minat dan pencapaian murid tahun dua Nik Nur Syafina Nik Man Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Modul NeoMath yang mengintegrasikan Matematik, Pendidikan Jasmani, dan Pendidikan Seni Muzik. Seterusnya, mengenal pasti keberkesanan modul ini terhadap minat dan pencapaian Matematik bagi murid tahun dua. Kajian ini menggunakan reka bentuk dan pembangunan (Design and Development Research, DDR) dengan model ADDIE sebagai panduan dalam fasa pembangunan modul. Pada fasa pertama, kajian perpustakaan dijalankan untuk menganalisis keperluan kajian. Seterusnya, Modul NeoMath dibangunkan menggunakan model ADDIE pada fasa kedua. Pada fasa ketiga, kajian tinjauan terhadap 34 guru dan 30 murid telah dilaksanakan untuk menilai kebolehgunaan modul. Pada masa yang sama, kajian kuasi eksperimen dijalankan melibatkan 60 murid dari sebuah sekolah di Melaka yang dibahagikan kepada dua kumpulan. Responden telah menjalani ujian pra sebelum kajian dan ujian pasca untuk menilai pencapaian Matematik dalam topik Nombor Bulat. Data dianalisis secara analisis deskriptif ..... 4 hits |