AbstractTujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji hubungan antara pemilihan
tadika dan perkembangan sosial kanak-kanak dari perspektif ibu bapa di Mukim Kota
Damansara. Reka bentuk hubungan dipilih untuk menjawab lima persoalan kajian dan
tiga hipotesis. Konseptual kajian adalah berdasarkan kepada Teori Pemilihan yang
terdiri daripada aspek kualiti pengajaran, kualiti penjagaan dan perkhidmatan, kualiti
persekitaran serta kualiti pengurusan dan pentadbiran dan Teori Bronfenbrenner.
Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferens. Dua set instrumen telah
digunakan untuk mengukur kualiti tadika dan perkembangan sosial kanak-kanak.
Seramai 181 orang ibu bapa dipilih secara rawak untuk menjadi responden.
Berdasarkan analisis korelasi pearson mendapati bahawa terdapat hubungan yang
positif sederhana dan signifikan antara pemilihan tadika dengan perkembangan sosial
kanak-kanak (r=0.51, p < 0.05). Begitu juga bagi pendapatan ibu bapa dengan
pemilihan tadika me.....