UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Nitce Isa Medina Machmudi Isa |
1 | 2013 thesis | Aplikasi Pembelajaran Berasaskan Projek melalui kaedah penilaian Pendidikan Berasaskan Hasil bagi topik \Ekosistem Terancam\ Nitce Isa Medina Machmudi Isa Kajian ini dijalankan untuk membandingkan kesan Pembelajaran Berasaskan
Projek (PBP) dengan pembelajaran tradisional (PT) melalui penilaian mengikut kaedah
Pendidikan Berasaskan Hasil (PBH). PBP digunakan dalam mata pelajaran Biologi bagi topik ‘Ekosistem
Terancam’. Kesan PBP bagi pencapaian akademik (domain kognitif), kemahiran sosial (domain afektif)
dan kemahiran manipulatif (domain psikomotor) serta perkaitannya dengan gaya pembelajaran turut
dikaji. Subjek kajian yang disampel secara bertujuan melibatkan 60 orang murid perempuan daripada
dua buah kelas Tingkatan 4 aliran sains yang mengambil mata pelajaran Biologi di sebuah sekolah
bestari di Selangor. Kajian ini menggunakan reka bentuk eksperimen kuasi. Tiga jenis instrumen
kajian telah digunakan; ujian pencapaian, rubrik dan soal selidik. Hasil kajian mendapati PBP
memberikan kesan tidak signifikan terhadap pencapaian akademik dan kemahiran manipulatif subjek,
tetapi signifikan untuk kemahiran sosia..... 146 hits |