UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

1 record(s) found

Simplified search suggestions : Noor Aisyahida Elmi
1
Abstract
Kajian ini bertujuan membangunkan Modul Sc- ToT berasaskan pemikiran bagi tajuk Kesihatan Manusia untuk kegunaan guru sains tingkatan dua. Pembelajaran berasaskan pemikiran (Thinking Based Learning) merupakan satu teori yang unik iaitu melibatkan penyebatian antara pengajaran kandungan dan pengajaran kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembangunan modul ini mengintegrasikan Teori Pembelajaran Kognitif dan Teori Pembelajaran Konstruktivisme. Pembangunan modul menggunakan Model Sidek melibatkan dua peringkat iaitu membina draf modul dan pengujian modul. Tiga instrumen soal selidik digunakan dalam kajian ini iaitu soal selidik kesahan kandungan modul, soal selidik kebolehpercayaan modul dan soal selidik kebolehgunaan modul. Kesahan modul diperolehi daripada tiga orang pakar dengan mengambil kira peratus persetujuan pakar manakala kebolehpercayaan modul diperolehi melalui kajian rintis menggunakan pekali Alfa Cronbach. Seramai 30 orang guru sains tingka.....
Thesis Published 2023 1051 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.