UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

Simplified search suggestions : Noor Asyanti Abu Bakar
1
Abstract
Sejarah penglibatan wanita dalam politik di Malaysia bermula sekitar tahun 1946 melalui penubuhan Kaum Ibu yang berkembang sehingga tertubuhnya Pergerakan Wanita United Malays National Organisation (UMNO). Manakala, dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS), penglibatan wanita bermula pada 3 April 1952. Sejarah wanita dalam politik di Negeri Terengganu kurang dibahas oleh para pengkaji politik. Kajian Mohd Soud Said (1999) hanya membincangkan peranan muslimat di daerah Kuala Terengganu. Justeru, kajian ini bertujuan mensintesis maklumat sejarah muslimat di negeri Terengganu dari tahun 1952 sehingga 2004. Selain itu, objektif kajian ini adalah untuk menilai status dan kedudukan muslimat dalam organisasi parti. Seterusnya menganalisis peranan muslimat dalam parti dan kerajaan negeri. Pendekatan kualitatif telah digunakan iaitu analisis dokumen dan manuskrip dari Arkib PAS. Kajian turut disokong oleh sumber yang diperoleh dari Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT), Perpustakaan Univers.....
Article Published 2024 452 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan menganalisis status kepimpinan, pengaruh dan gerak kerja muslimat dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan pentadbiran kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004 serta sumbangan tokoh-tokoh dalam kalangan mereka. Reka bentuk penyelidikan kualitatif dipilih dalam menjawab empat persoalan kajian dan menghuraikan empat objektif kajian . Metodologi kajian sejarah yang telah digunakan meliputi analisis dokumen dan bahan sejarah, temu bual bersama responden yang terlibat serta pemerhatian penyelidik. Analisis tema (thematic analysis) telah digunakan dalam kaedah analisis kajian ini untuk membantu penyelidik menghuraikan hasil analisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepimpinan muslimat PAS adalah meliputi kepimpinan dalam diri, rumah tangga, kepimpinan dalam masyarakat dari aspek pendidikan (tarbiyah), dakwah dan politik. Selain itu, kajian menunjukkan pengaruh muslimat PAS telah memberi kesan kepada pelaksanaan dasar kerajaan negeri ketika itu melalui peng.....
Thesis Published 2024 266 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.