UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Noor Enfendi Desa |
1 | 2018 thesis | Kritikan terhadap politik dalam kepimpinan melalui karya seni Noor Enfendi Desa Kajian ini dimulakan dengan kecenderungan terhadap pemerhatian suasana politik yang saban hari menampakkan semakin meruncing ekoran daripada perbalahan dan perselisihan pendapat dalam kepimpinan sesebuah organisasi. Hari ini, politik merupakan satu kesatuan yang terjalin daripada idea, falsafah, doktrin, konsep dan teori berhubung kewujudan institusi negara. Penyelidik mengenengahkan isu politik dalam kepimpinan yang seringkali menjadi perbualan hangat dikalangan masyarakat. Tujuan penyelidikan ini ialah menganalisa isu subjek dan skop dalam kepimpinan. Selepas proses menganalisa dilaksanakan, tujuan kedua ialah menghasilkan karya berdasarkan keputusan objektif satu dengan pendekatan metafora. Penyelidik ingin menyampaikan sindiran dalam bentuk visual berunsurkan kritikan yang bersifat metafora, dengan menggunakan imej atau simbolik sebagai pengganti kiasan yang disampaikan secara lisan atau bertulis. Reka bentuk kajian, menggunakan kaedah yang diperkenalkan oleh J.J. Winklemann dan me..... 436 hits |
2 | 2022 article | Apresiasi seni pameran solo Aznan Omar mencetak satira Noor Enfendi Desa Karya seni mempunyai makna yang tersendiri berdasarkan idea yang ingin dikongsi atau disampaikan oleh seseorang seniman. Penulisan ini, akan mengulas dan membincangkan tentang apresiasi seni berdasarkan karya yang dipersembahkan melalui Pameran Solo, Aznan Omar: Mencetak Satira yang telah berlangsung pada 23 Julai hingga 06 Ogos 2011. Pameran ini telah diadakan di House of Matahati (HOM). Karya-karya beliau yang dipersembahkan menggunakan teknik tuangan logam atau Lost-wax Casting. Dalam penghayatan makna, dua karya dipilih secara rawak untuk di perbincangkan. Penulisan ini menggunakan kaedah pendekatan ikonografi dalam seni yang telah diperkenalkan oleh Erwin Panofsky, bagi penghayatan yang lebih jelas dalam apresiasi seni. Erwin Panofsky telah memperkenalkan tiga peringkat dalam menghayati dan juga memahami karya seni dari sudut ikonografi. Tiga peringkat menghayati karya seni tersebut, adalah yang pertama pra- ikonografi, yang kedua analisi ikonografi dan yang ketiga adalah tafsiran..... 170 hits |