UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Noorzeliana Idris |
1 | 2016 thesis | Penilaian pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dalam kalangan guru Noorzeliana Idris Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam kalangan guru. Terdapat lapan tujuan kajian dan lima hipotesis kajian. Model Penilaian CIPP digunakan sebagai kerangka kajian yang melibatkan semua komponen iaitu konteks, input, proses dan produk. Sampel kajian terdiri daripada 589 orang guru yang melaksanakan PBS di Semenanjung Malaysia dan dipilih secara rawak berstrata dari 48 buah sekolah. Analisis data kuantitatif dan kualitatif (temubual, analisis dokumen dan pemerhatian yang melibatkan empat orang guru) dilaporkan secara serentak untuk menyokong dapatan kajian. Soal selidik rubrik dua lapis dibina sendiri oleh penyelidik yang mempunyai empat konstruks dengan nilai Alpha Cronbach antara 0.707 hingga 0.884. Perangkaan deskriptif secara keseluruhannya mendapati semua komponen dalam Model CIPP menunjukkan tahap yang sederhana sahaja. Namun begitu, terdapat kekuatan dan kelemahan yang didapati dalam setiap sub konstruk. Analisis MANOVA pula men..... 1345 hits |