UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Nor Aimi Hj Harun |
1 | 2012 thesis | Stres dalam kalangan kanak-kanak berbakat: satu kajian kes Nor Aimi Harun Penyelidikan ini telah menyingkap tentang bagaimana kanak-kanak berbakat mengalami stres dan apakah impak yang dihadapi. Selain itu persoalan tentang punca dan kesan stres yang dialami oleh kanak-kanak berbakat juga diperbincangkan secara mendalam dalam kajian ini. Metodologi yang digunakan adalah penyelidikan kualitatif kajian kes Intrinsik yang melibatkan pendekatan temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Penyelidikan ini mengambil masa selama sembilan bulan bermula dari Mac 2010 hingga November 2010 dan menjurus kepada seorang kanak-kanak berbakat sebagai subjek kajian. Hasil kajian mendapati bahawa kanak-kanak berbakat tidak terlepas dari pengaruh stres. Kehadiran stres dapat dikenal pasti melalui beberapa simptom yang ditunjukkan oleh kanak-kanak terbabit. Kajian ini juga mendapati kehadiran stres berpunca dari beberapa faktor penyebab seperti kendiri, keluarga dan persekitaran. Kehadiran stres yang didorong oleh beberapa faktor penyebab telah memberi kesan yang besar dalam k..... 905 hits |
2 | 2018 article | Stres dan simptom onychophagia dalam kalangan kanak-kanak prasekolah orang Asli Nor Aimi Hj. Harun Golongan kanak-kanak dan remaja turut berhadapan dengan pengaruh stres dan ianya merupakan ancaman yang serius dalam kalangan murid sekolah. Kajian kes kualitatif ini dilaksanakan untuk mengenal pasti kewujudan dan simptom stres dalam kalangan murid prasekolah Orang Asli. Sampel kajian melibatkan seorang kanak-kanak prasekolah orang asli. Instrumen pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah protokol temu bual, senarai semak, pemerhatian dan dokumen. Data transkrip dianalisis dengan menggunakan perisian Nvivo 0.8. Dapatan menunjukkan subjek kajian mengalami stres di tahap skor75 mata berdasarkan Instrumen Pengukuran Stres: Child and Adolescent Survey of Experiences (CASE). Simptom stres yang ditunjukkan oleh subjek kajian adalah masalah Onychophagia. Simptom Onychophagia merupakan habit menggigit kuku dan ia merupakan masalah psiko-emosi (psycho emotional) berkait dengan stres. Kanak-kanak tersebut melakukan tindakan menggigit kuku sewaktu berada dalam tertekan dan tindakan..... 464 hits |