AbstractKajian ini bertujuan untuk membangunkan modul lakaran untuk mata pelajaran Reka Bentuk
dan Teknologi (RBT) dan mengkaji kesannya terhadap pencapaian murid tingkatan satu di
sekolah menengah di Malaysia. Modul ini dibangunkan berasaskan teori kontruktivisme dan
model Hope. Lima konstruk iaitu pengenalan lakaran, elemen lakaran, prinsip lakaran, lakaran
piktorial dan kesan visual telah diadaptasi daripada model Hope. Kajian ini mengunakan reka
bentuk kuasi-eksperimen untuk menentukan kesan modul manakala model Kajian Reka Bentuk
dan Pembangunan (DDR) digunakan untuk membangunkan modul. Modul telah disahkan oleh
tujuh orang pakar dengan nilai kesepakatan melebihi 70 peratus. Instrumen kajian terdiri pada
ujian pra-pos, soal selidik dan protokol temu bual juga telah disahkan oleh tujuh orang pakar.
Nilai kebolehpercayaan soal selidik menggunakan pekali Alfa Cronbach, α = 0.96. Dalam
pembangunan modul, pendekatan DDR dengan tiga fasa telah digunakan. Dalam fasa pertama,
analisis.....