UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

7 record(s) found

Simplified search suggestions : Nor Anita Mat Isa
1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis takdir dan contoh peristiwa yang terdapat dalam teks Sulalatus Salatin, menghuraikan peranan pengarang berdasarkan pendekatan Idea Of The Book dan teori Takmilah. Kajian ini juga dilakukan untuk menganalisis peristiwa takdir sebagai medium dakwah, kemasyarakatan, dan seni dalam teks Sulalatus Salatin berdasarkan kerangka Model Koster, Hashim Awang dan Shafie Abu Bakar (KHAS). Penyelidikan ini menggunakan gabungan beberapa prinsip yang dipilih berdasarkan teori Pengkaedahan Melayu (Hashim Awang), Takmilah (Shafie Abu Bakar), dan Pendekatan Idea Of The Book (Koster). Kaedah kualitatif digunakan untuk membuat penelitian terhadap analisis kandungan teks yang terdapat dalam genre sastera sejarah. Data-data dalam penyelidikan ini terbahagi kepada dua iaitu data primer yang terdiri daripada teks Sulalatus Salatin versi A. Samad Ahmad dan data sekunder yang diperoleh daripada pelbagai sumber ilmiah bagi mengukuhkan dapatan kajian. Melalui k.....
Thesis Published 2019 3672 hits Available
2
Abstract
Penelitian makalah ini bertujuan untuk mendeskripsi pengaruh wacana bangsa terjajah dengan bangsa penjajah dalam konteks Pascakolonial. Sumber data daripada penelitian ini adalah model Sastera Kebangsaan dalam wacana pascakolonial di Malaysia dengan merujuk kepada model yang diuar-uarkan oleh Ashcroft. Empat buah model yang dikemukakan Ashcroft melalui pendekatan teoritis beliau ialah, Model Kebangsaan Serantau, Model Berasaskan Bangsa, Model Perbandingan dan Model Ketegangan antara yang dijajah dengan yang terjajah dibincangkan dalam makalah ini. Berdasarkan keempat-empat model yang tertera ini, Model Kebangsaan merupakan model yang dibincangkan dalam makalah ini kerana model ini memperlihatkan ciri budaya dan bahasa menjadi alat dominan. Bahasa adalah alat untuk berinteraksi atau alat untuk berkomunikasi, dalam erti kata lain, bahasa merupakan alat untuk menyampaikan fikiran, gagasan, konsep atau perasaan. Di Malaysia sebagai sebuah negara pascakolonial bahasa senjata pengarang mente.....
Article Published 2021 756 hits Available
3
Abstract
Matlamat penerapan sastera dalam pengayaan dan pembelajaran di sekolah rendah adalah untuk mengukuhkan pengajaran bahasa, menyemai sikap minat membaca, menekankan nilai-nilai murni, melahirkan murid yang berfikiran kritis serta memperolehi pengajaran daripada pembelajaran tersebut. Penerapan pantun di sekolah rendah dapat membantu murid-murid abad ke-21 dalam pengayaan dan pembelajaran ke arah berfikiran kritis. Hal ini kerana dalam pantun tersirat nilai-nilai murni yang diekspresikan dalam kehidupan sehari-hari. Mengajar pantun dalam pengajaran juga memandu murid untuk berhibur, mentafsir dan menilai fenomenanya sehingga kecerdasan emosi kanak-kanak dapat berkembang. Dengan sifatnya yang berstruktur dan mudah dimanipulasi, pantun berupaya mendukung objektif kajian ini. Kaedah kualitatif deskriptif dan pustaka digunakan untuk menganalisis pantun dalam pengayaan dan pembelajaran di bilik darjah. Seterusnya, dapatan perbincangan makalah ini adalah berfokuskan kepada keupayaan murid menge.....
Article Published 2022 755 hits Available
4
Abstract
Pada era Society 5.0, penguasaan dalam bidang pendigitalan merupakan satu kemahiran yang wajib dikuasai oleh para pendidik. Hal ini kerana, pengajaran dan pembelajaran di sekolah tidak lagi terbatas pada pedagogi tetapi juga heutagogi, peeragogi dan cybergogi. Sehubungan itu, sebagai seorang Pembimbing Instruksional (SISC+) bukan sahaja memberi penekanan kepada membimbing guru terhadap Pembangunan Profesional (PP) guru di dalam bilik darjah mahupun perubahan kemahiran pedagogi yang lebih baik dalam pengajaran dan pembelajaran, malah Pembimbing Instruksional, SISC+ memberi penekanan ke atas amalan bimbingan berteraskan teknologi digital selaras dengan pendidikan masa kini mengikut landskap era Pendidikan 5.0. Rentetan daripada itu, kajian literatur ini dijalankan dengan pencarian artikel yang berkaitan "bimbingan instruktional" dan "teknologi digital" melalui capaian dalam pangkalan data seperti ERIC, ProQuest, Emerald dan Google Scholar. Bagi tujuan artikel ini, analisis dijalankan dan.....
Article Published 2023 724 hits Available
5
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membincangkan sikap masyarakat Iban terhadap perkembangan pendidikan di Sarawak. Kedatangan badan mubaligh Kristian ke Sarawak membawa sinar baru dalam kehidupan masyarakat Iban kerana badan mubaligh berkenaan telah menubuhkan sekolah sebagai strategi dakwah mereka. Penubuhan sekolah tersebut membolehkan masyarakat Iban mendapatkan pendidikan formal. Ini kerana, sebelum penubuhan sekolah mubaligh, masyarakat Iban hanya mendapat pendidikan secara tidak formal. Sehubungan dengan itu, kajian dilakukan bagi meninjau sikap dan penerimaan masyarakat Iban terhadap perkembangan pendidikan di Sarawak. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi analisis dokumen ke atas sumber primer dan sekunder. Hasil kajian mendapati masyarakat Iban menunjukkan dua sikap yang berbeza terhadap perkembangan pendidikan iaitu menerima dan menolak pendidikan. Golongan masyarakat Iban yang menerima pendidikan didorong oleh kesedaran mereka untuk mengubah kehidupan menjadi lebih baik.....
Article Published 2024 413 hits Available
6
Abstract
Kajian ini adalah tentang penglibatan wanita dalam perkembangan pendidikan untuk kaum wanita di Sarawak pada tahun 1930-1963. Dalam kebanyakan penulisan sejarah pendidikan di Sarawak, tokoh wanita Barat seperti Hariette McDougall, Margaret Brooke, dan Mary Hoover sering diangkat sebagai pelopor pembangunan pendidikan masyarakat, manakala peranan wanita tempatan sering diketepikan. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk menyelidiki usaha wanita tempatan dalam memajukan pendidikan masyarakat, khususnya bagi kaum wanita di Sarawak. Penyelidikan ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis sumber primer dan sekunder yang terdiri daripada fail, rekod, surat, laporan, akhbar, buku, jurnal dan tesis. Selain itu, temu bual juga dilakukan dengan beberapa orang responden terpilih. Hasil kajian mendapati wanita Sarawak khususnya golongan wanita yang berpendidikan turut memainkan peranan penting dalam perkembangan pendidikan masyarakat khususnya wanita menerusi usaha merek.....
Thesis Published 2024 295 hits Available
7
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap bimbingan instruksional dan kualiti pengajaran duta guru sekolah menengah di Semenanjung Malaysia serta hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah. Kajian ini turut bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh bimbingan instruksional terhadap kualiti pengajaran duta guru. Sehubungan itu, peranan personel Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+) sebagai pembimbing duta guru diketengahkan sebagai sokongan peningkatan kualiti pengajaran duta guru. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan. Seramai 272 duta guru sekolah menengah di Semenanjung Malaysia dipilih sebagai responden kajian menggunakan pensampelan rawak sistematik. Dapatan kajian menunjukkan tahap bimbingan instruksional personel SISC+ di Semenanjung Malaysia adalah tinggi (M=3.59, SP=0.511), dengan kesemua dimensi turut berada pada tahap tinggi. Tahap kualiti pengajaran duta guru juga adalah tinggi (M=3.66, SP=0.483), dengan tiga dimensi mencatatkan tahap tinggi iaitu Memfoku.....
Thesis Published 2025 173 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.