|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 2 |
| Simplified search suggestions : Nor Azura Abu Bakar |
| 1 | 2014 Thesis | Modul asas pengajaran dan pembelajaran nyanyian Lagu Melayu Asli Nor Azura Abu Bakar Tujuan projek ini adalah untuk membina dan melaksanakan 'Modul Asas Pengajaran dan Pembelajaran Nyanyian Lagu Melayu Asli'. Melalui penghasilan modul ini, guru-guru muzik ataupun individu yang berminat untuk menguasai nyanyian lagu Melayu Asli di peringkat asas, akan dapat memahami sedikit sebanyak perkara penting yang perlu diketahui sebelum mempelajari nyanyian lagu Melayu Asli ini dengan lebih mendalam. Beberapa topik telah dikemukakan agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih mudah difahami seperti pengenalan, sejarah asal usul, teks dan pantun, struktur, alat muzik pengiring, penerokaan teknik vokal, latihan pemanasan suara yang bersesuaian, patah lagu dan langkah-langkah as as mempelajari nyanyian lagu Melayu Asli menerusi beberapa buah lagu yang telah dipilih. Notasi dan Cakera Padat nyanyian Allahyarham Rahim Jantan juga turut dilampirkan bersama untuk tujuan rujukan. Dalam masa yang sarna penghasilan produk ini juga dapat menyumbang kepada pengekalan warisan budaya. Pemerh..... 1426 hits |
| 2 | 2025 Thesis | Harmontradiloka dalam persembahan nyanyian lagu Tradisional Melayu Nor Azura Abu Bakar Nyanyian tradisional Melayu adalah seni warisan budaya yang kaya dengan nilai sejarah dan identiti masyarakat Melayu. Namun, ia semakin kurang diminati terutama dalam kalangan generasi muda yang lebih tertarik kepada muzik moden dan popular. Tanpa inisiatif untuk memperbaharui bentuk persembahan, nyanyian tradisional ini berisiko ketinggalan zaman dan mungkin dilupakan. Kajian ini meneliti konsep Harmontradiloka sebagai pendekatan baharu dalam persembahan nyanyian tradisional Melayu. Objektif kajian adalah untuk memperkenalkan ensembel vokal dengan harmoni moden dalam nyanyian tradisional Melayu, mengumpul koleksi lagu tradisional dari pelbagai genre, serta menyampaikan persembahan dalam bentuk konsert muzikal yang disertai elemen koreografi dan teaterikal. Kajian menggunakan kaedah berasaskan amali untuk penghasilan karya serta kaedah kualitatif, termasuk temu bual tidak berstruktur, kajian perpustakaan melalui bahan bacaan, kajian terdahulu, artikel, jurnal, pengalaman peribadi, peme..... 3 hits |