AbstractKajian ini bertujuan untuk mengetahui dengan lebih dekat sosialisasi kesenian visual
masyarakat suku kaum Jah Hut melalui pendekatan kebudayaan. Objektif kajian ini
adalah untuk mengenal pasti serta meneliti setiap fungsi dan proses sosialisasi kesenian
visual yang berlaku. Melalui objektif ini juga, perilaku yang terbentuk daripada proses
sosialisasi dapat dikemukakan dengan hasil kerja lapangan yang dijalankan. Kesenian
yang ada merupakan salah satu seni warisan turun temurun serta satu keperluan
kehidupan kepada mereka. Pendekatan kualitatif melalui kajian kes ini menerangkan
secara deskriptif sosialisasi kesenian visual melalui pendekatan kebudayaan mereka.
Batasan kajian ini merujuk kepada kawasan kajian yang hanya dijalankan di kawasan
perkampungan masyarakat suku kaum Jah Hut yang terdapat di Jerantut dan Temerloh.
Kaedah kajian yang digunakan dalam pengumpulan data seperti temu bual tidak
berstruktur, pemerhatian, analisis dokumen dan rakaman visual digunakan bagi
m.....