UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 3
Simplified search suggestions : Nor Hamizah bt Ab Razak
12021
article
Terapi bermain menurut pendekatan Islam
Nor Hamizah bt Ab Razak
Agama Islam adalah agama yang syumul yang sesuai bagi setiap lapisan masyarakat bagi sepanjang zaman. Agama Islam juga menitik beratkan kesejahteraan semua lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak. Dalam aspek pembangunan manusia pula, terdapat panduan-panduan yang telah ditetapkan bertepatan dengan tahap perkembangan masing-masing. Begitu juga bagi kanak-kanak, agama Islam memberi penekanan yang jitu terhadap tahap perkembangan kanak-kanak dengan meraikan fitrah semula jadi mereka yang suka bermain. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji pandangan perspektif Islam terhadap pendekatan terapi bermain yang umumnya dipelopori oleh barat. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif menerusi kajian perpustakaan untuk mencari maklumat primer yang berkaitan dengan pendekatan terapi bermain menurut pandangan Islam. Maklumat-maklumat yang diperoleh adalah daripada pelbagai sumber seperti buku, jurnal, hadis dan Al-Quran serta artikel. Maklumat ini dikumpulkan dan disaring se.....

382 hits

22022
article
Pengaruh gaya keibubapaan terhadap penggunaan internet kanak-kanak
Nor Hamizah bt Ab Razak
Gaya keibubapaan yang diamalkan oleh ibubapa akan mempengaruhi tingkahlaku anak-anak selain membentuk personaliti dan juga sikap mereka. Tingkahlaku dan sikap ini juga akan diserlahkan oleh anak-anak ketika remaja dan dewasa kelak. Di era teknologi ini, penggunaan internet dan pelajar tidak dapat dapat dipisahkan. Kewujudan internet sangat membantu perkembangan pelajar dan membuka peluang untuk mengorak langkah jauh kehadapan dari segi pencapaian mahupun kerjaya. Namun, dalam masa yang sama sumber dan pengaruh internet yang tidak terkawal turut menjejaskan kesihatan mental pelajar. Oleh itu, adalah menjadi peranan ibu bapa untuk mendidik dan mengawal penggunaan internet dalam kalangan anak-anak melalui gaya keibubapaan yang tepat. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh gaya keibubapaan terhadap penggunaan internet dalam kalangan pelajar. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah yang melibatkan subjek kajian yang terdiri daripada 382.....

181 hits

32023
article
Pengaruh hubungan Ibu Bapa Anak terhadap ketagihan intetnet kanak-kanak dan remaja
Nor Hamizah Ab Razak
Perhubungan ibu bapa anak merupakan penentu kepada pembentukan personaliti anak-anak. Pandemik Covid-19 yang melanda dunia telah mengganggu aktiviti normal harian serta memberi tekanan kepada masyarakat termasuklah ibu bapa. Tekanan yang dihadapi oleh ibu bapa secara tidak langsung menggugat perhubungan ibu bapa-anak. Pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang telah mengalihkan sektor pendidikan kepada atas talian mendedahkan kanak-kanak dan remaja kepada pemggunaan gajet. Tanpa kawalan dan bimbingan daripada ibu bapa, boleh mengundang kepada tingkah laku ketagihan internet. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti jenis perhubungan ibu bapa-anak yang menyumbang kepada kadar ketagihan internet kanak-kanak dan ramaja. Selain itu, kajian ini turut mengkaji perkaitan antara perhubungan ibu bapa-anak pasca pandemik keatas tingkah laku ketagihan internet kanak-kanak dan remaja. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah yang melibatkan subjek kaj.....

58 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.