UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 1 |
Simplified search suggestions : Nor Khairunisa Adnan |
1 | 2022 thesis | Penggunaan kaedah bacaan ulangan untuk membantu kemahiran membaca murid pemulihan khas Nor Khairunisa Adnan Kajian ini bertujuan menyelidiki penggunaan kaedah bacaan ulangan untuk membantu
kemahiran membaca murid pemulihan khas. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal
pasti masalah kemahiran membaca murid pemulihan khas, mengenal pasti pelaksanaan
kaedah bacaan ulangan serta mengenal pasti perubahan terhadap kemahiran membaca
yang diperoleh melalui pelaksanaan kaedah bacaan ulangan. Reka bentuk kajian adalah
kajian kualitatif dengan pendekatan kajian kes. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah
rendah di Merlimau, Melaka. Peserta kajian ini terdiri daripada lima orang murid
pemulihan khas dan seorang guru mata pelajaran Bahasa Melayu. Peserta kajian telah
dipilih secara persampelan bertujuan. Kelima-lima murid merupakan murid pemulihan
khas yang menghadapi masalah dalam kemahiran membaca. Kaedah pengumpulan data
yang digunakan adalah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Manakala
instrumen kajian pula melibatkan borang skor pentaksiran lisan, senarai semak, borang
catata..... 686 hits |