UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 2 |
Simplified search suggestions : Nor Mas Suryana Tahar |
1 | 2020 thesis | Hubungan antara pengetahuan, daya tarikan syarikat dan keperluan peribadi dengan penglibatan mahasiswa Muslim di Universiti Awam dalam perniagaan multilevel marketing (MLM) patuhi syariah Nor Mas Suryana Tahar Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara pengetahuan, daya tarikan syarikat dan keperluan peribadi dengan penglibatan mahasiswa Muslim di Universiti Awam dalam perniagaan pelbagai peringkat (MLM) patuh syariah. Konstruk penglibatan adalah berdasarkan kepada Teori Penglibatan Astin yang menfokus kepada keseimbangan keperluan peribadi dengan aktiviti luar. Kajian ini menggunakan reka bentuk korelasi. Sampel kajian seramai 377 mahasiswa Muslim telah dipilih secara rawak mudah berdasarkan jadual sampel saiz Krejcie dan Morgan daripada populasi kajian seramai 21,646 mahasiswa Muslim di tiga buah universiti Awam di negeri Perak. Instrumen kajian terdiri daripada satu set soal selidik yang telah disahkan oleh tiga orang pakar dan nilai kebolehpercayaan instrumen adalah tinggi berdasarkan pekali Alfa Cronbach, α = 0.90. Statistik deskriptif dan inferens seperti kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai, korelasi Pearson dan regrasi pelbagai telah digunakan untuk menganalisis data..... 828 hits |
2 | 2020 thesis | Pengetahuan, daya tarikan syarikat, keperluan peribadi dan penglibatan mahasiswa muslim di universiti awam dalam perniagaan Multilevel-Marketing (MLM) patuh syariah Nor Mas Suryana Tahar Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan pengetahuan, daya tarikan syarikat,
keperluan peribadi terhadap penglibatan mahasiswa muslim di universiti awam dalam perniagaan
Multilevel-Marketing (MLM) patuh syariah. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan
kuantitatif dengan kaedah tinjauan. Jumlah sampel kajian ialah sebanyak 377 orang mahasiswa muslim
di universiti awam sekitar negeri Perak. Kajian ini menggunakan persempelan rawak berkadaran. Bagi
mengenal pasti tahap setiap pembolehubah, analisis kekerapan dan peratusan dipilih. Selain itu,
kaedah analisis korelasi dan regresi pelbagai digunakan bagi menjawab kesemua persoalan yang
dikaji. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap pembolehubah pengetahuan memperolehi skor paling
tinggi iaitu 3.83, diikuti pembolehubah keperluan peribadi dan penglibatan dengan skor purata min
3.80 dan 3.65.Sementara itu, pembolehubah daya tarikan syarikat mencatatkan nilai min terendah
dengan nilai 3.44. Selain itu analis..... 936 hits |