AbstractKajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji pemikiran reflektif guru pelatih Bahasa Melayu. Seramai 100 orang responden dilibatkan dalam kajian ini dan terdiri dari-pada para pelajar yang mengikuti program Pendidikan Bahasa Melayu, Fakulti Baha-sa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Instrumen kajian yang digu-nakan adalah soal selidik yang disediakan dalam bentuk skala Likert. Analisis Kajian ini berbentuk statistik deskriptif dan analisis inferensi. Tiga dimensi yang dikaji iaitu meninjau ekspresi diri, pengajaran kendiri dan pengajaran sepanjang hayat oleh guru pelatih Bahasa Melayu. Analisis kajian diukur dengan skor min dan sisihan piawai, ujian Korelasi Pearson?s r dan ujian Khi Kuasa Dua. Dapatan kajian menunjukkan skor min keseluruhan bagi ketiga-tiga dimensi adalah 4.10 dan sisihan piawai adalah 0.712. Di samping itu, dapatan kajian korelasi menunjukkan wujud hubungan yang signifikan antara ekspresi diri, pengajaran kendiri dan pengajaran sepanjang hayat. Has.....