UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

2 record(s) found

Simplified search suggestions : Nor Sahara Mesman
1
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji pemikiran reflektif guru pelatih Bahasa Melayu. Seramai 100 orang responden dilibatkan dalam kajian ini dan terdiri dari-pada para pelajar yang mengikuti program Pendidikan Bahasa Melayu, Fakulti Baha-sa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Instrumen kajian yang digu-nakan adalah soal selidik yang disediakan dalam bentuk skala Likert. Analisis Kajian ini berbentuk statistik deskriptif dan analisis inferensi. Tiga dimensi yang dikaji iaitu meninjau ekspresi diri, pengajaran kendiri dan pengajaran sepanjang hayat oleh guru pelatih Bahasa Melayu. Analisis kajian diukur dengan skor min dan sisihan piawai, ujian Korelasi Pearson?s r dan ujian Khi Kuasa Dua. Dapatan kajian menunjukkan skor min keseluruhan bagi ketiga-tiga dimensi adalah 4.10 dan sisihan piawai adalah 0.712. Di samping itu, dapatan kajian korelasi menunjukkan wujud hubungan yang signifikan antara ekspresi diri, pengajaran kendiri dan pengajaran sepanjang hayat. Has.....
Thesis Published 2013 1142 hits Available
2
Abstract
Makalah ini membincangkan berkaitan penciptaan pantun yang disampaikan secara berlagu menerusi cerita rakyat di Negeri Pahang. Pantun ini dicipta mengikut kreativiti penutur dengan menggabungkan unsur keindahan dan menonjolkan identiti penciptanya. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah temu bual dan rakaman untuk mendapatkan data. Data yang diperoleh akan dikategorikan mengikut perlambangan identiti masyarakat Melayu. Dari segi pemilihan tema berfokus kepada aspek keagamaan dan bermotif kepada objek, hari, serta alam. Rangkuman unsur keindahan ini diadun mengikut ciri-ciri pembayang dan maksud agar bertepatan dengan nasihat yang hendak disampaikan. Oleh itu, bagi menarik minat pendengar pantun ini didendangkan secara berlagu menggunakan rentak irama asli sama ada Dondang Sayang dan sebagainya. Berasaskan kepada Teori Pengkaedahan Melayu, kajian ini digarap dengan menggunakan pengkaedahan alamiah dan pendekatan dakwah serta pengkaedahan keagamaan melalui masyarakat dan seni.....
Article Published 2022 498 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.