UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 2
Simplified search suggestions : Nor Siha Jaapar
12021
thesis
Pembinaan instrumen penilaian hubungan tingkah laku dan persekitaran ke atas peratus lemak tubuh
Nor Siha Jaapar
Kajian ini bertujuan untuk membina instrumen hubungan tingkah laku dan persekitaran ke atas peratus lemak tubuh dalam kalangan murid perempuan sekolah rendah 10 dan 11 tahun di daerah Hulu Langat, Selangor. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan kaedah rekabentuk korelasi. Kajian ini melibatkan seramai n=250 orang murid perempuan sekolah rendah yang dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak gabungan (mudah, berlapis dan sistematik). Kajian telah dijalankan dalam tiga fasa iaitu fasa pertama untuk membangunkan instrumen dan mendapatkan kesahan kandungan daripada pakar bahasa dan pakar bidang, fasa kedua pula adalah kajian rintis bagi mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan item instrumen soal selidik. Manakala bagi fasa ketiga merupakan kajian sebenar yang dijalankan dalam kajian ini. Instrumen di dalam kajian ini menggunakan instrumen soal selidik tingkahlaku dan persekitaran sebanyak 45 item soalan. Instrumen soal selidik mempunyai dua gagas.....

1196 hits

22021
article
Kesahan dan kebolehpercayaan item instrumen soal selidik Hubungan Tingkah Laku dan Persekitaran ke atas peratus lemak tubuh dalam kalangan murid perempuan 10 dan 11 tahun
Nor Siha Jaapar
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen soal selidik Hubungan Tingkah Laku dan Persekitaran ke atas peratus lemak tubuh dalam kalangan murid perempuan sekolah rendah. Kajian ini melibatkan seramai 132 orang murid perempuan di daerah Hulu Langat, Selangor. Sebanyak 48 item soal selidik telah dibina yang mewakili enam konstruk iaitu tingkah laku sedentari, tingkah laku pemakanan, tingkah laku aktiviti fizikal, persekitaran media, persekitaran keluarga dan persekitaran sekolah. Analisis faktor menunjukkan hanya 45 item mewakili enam konstruk telah diterima. Manakala nilai Alpha Cronbach pula menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan untuk kedua-dua gagasan tingkah laku dan persekitaran ialah α = .68. Sehubungan itu, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa instrument soal selidik ini mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan dalam kalangan murid perempuan sekolah rendah...

427 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.