AbstractPenyelidikan ini bertujuan untuk meneroka personaliti, pengalaman, kemahiran, pengetahuan, dan sumber aspirasi pensyarah sebagai mentor usahawan di Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC) bagi membangunkan kerangka kompetensi yang menyokong kejayaan usahawan pelajar. Reka bentuk penyelidikan adalah kualitatif, menggunakan temu bual separa berstruktur yang disahkan oleh empat pakar dengan nilai Cohen_s Kappa 1.0. Sampel kajian adalah pensyarah PolyCC yang menjadi finalis Anugerah Mentor Keusahawanan Terbaik, Anugerah Keusahawanan Kementerian Pengajian Tinggi (AKKPT) 2015-2021, dan tiga menti bagi tujuan triangulasi. Teknik persampelan bertujuan digunakan kerana pemilihan peserta dibuat secara khusus berdasarkan pengalaman dan pengiktirafan mereka dalam bidang pementoran keusahawanan. Data dianalisis secara tematik menggunakan ATLAS.ti 9 untuk mengenal pasti corak, tren, dan interaksi dalam data, dengan nilai kebolehpercayaan antara penilai (Cohen's Kappa) sebanyak 0.99. Hasil penyelidika.....