|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 3 |
| Simplified search suggestions : Noraini Ibrahim |
| 1 | 2016 Article | Pengajaran Kuantiti Pesanan Ekonomi (EOQ) menggunakan teknik O-Pizza Ab Wahab Shahrul Amri, Nasirun @ Hirun Noraini, Selamat Sarah Mardhiah, Ibrahim Ima Ilyani, Ya Syazwani, Kuantiti Pesanan Ekonomi (EOQ) merupakan salah satu konsep yang sukar difahami oleh kebanyakan pelajar kerana belum terdedah dengan persekitaran kerja. Artikel ini membincangkan teknik pengajaran EOQ dengan menggunakan kaedah pembelajaran pengalaman untuk meningkatkan pemahaman pelajar melalui modul O-Pizza sebagai analogi. Analogi ini dipilih kerana ianya lebih dekat dan dikenali oleh pelajar. Di samping itu, satu analisa data ringkas menggunakan Ujian U Mann-Whitney telah dijalankan untuk membandingkan keputusan peperiksaan, khususnya bagi soalan berkaitan EOQ. Peserta kajian terdiri daripada para pelajar daripada dua kumpulan; satu kumpulan diajar menggunakan O-Pizza, manakala satu lagi menggunakan kaedah pengajaran biasa. Keputusan analisa data menunjukkan bahawa sampel kumpulan yang menggunakan O-Pizza mendapat min markah yang lebih tinggi berbanding kumpulan yang menggunakan kaedah biasa. Dapatan ini mengisyaratkan kaedah pembelajaran pengalaman melalui modul O-Pizza boleh diperl..... 2327 hits |
| 2 | 2018 Thesis | Manifestasi pemikiran pengarang dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa Noraini Ibrahim Kajian ini bertujuan untuk memperjelaskan pemikiran pengarang secara langsung daripada watak-watak yang terdapat dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa. Analisis kualitatif ini menggunakan Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K janaan Mohd Yusof Hassan. Teori ini berteraskan falsafah kesepaduan pemikiran iaitu pemikiran kerohanian, pemikiran kebitaraan, pemikiran kesaintifikan dan pemikiran kekreatifan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pemikiran pengarang menggunakan teori SPB4K dan menganalisis pemikiran pengarang dalam novel yang dikaji. Analisis membuktikan manifestasi pemikiran pengarang novel ini berkaitan dengan teori diaplikasikan. Penyelidik mendapati keempat-empat aspek pemikiran ini terkandung secara signifikan dalam novel ini dengan adanya nilai-nilai kemanusiaan sebagai pedoman kepada pembaca. Pengkajian ini diharapkan dapat menarik minat pengarang karya sastera untuk menghasilkan lebih banyak karya yang bermutu dan dapat dijadikan sebagai salah satu pilihan tek..... 1726 hits |
| 3 | 2025 Thesis | Perubahan pemikiran kerohanian golongan remaja dalam novel kompenan sastera tahun 2010 hingga 2024 berdasarkan teori SPB4K Noraini Ibrahim Kajian ini bertujuan menghasilkan kerangka pemikiran kerohanian golongan remaja bagi novel Komponen Sastera tahun 2026 hingga 2030 berdasarkan pemikiran kerohanian SPB4K dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Objektif kajian ini untuk mengenal pasti dan menganalisis perubahan pemikiran kerohanian golongan remaja dalam novel Komponen Sastera tahun 2010 hingga 2024 berdasarkan Teori SPB4K janaan Mohd Yusof Hassan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif, dengan kaedah kepustakaan dan analisis teks. Instrumen kajian yang digunakan ialah senarai semak intrinsik (tema dan persoalan) dan ekstrinsik (falsafah dan kepercayaan) yang memfokuskan kepada pemikiran kerohanian hubungan manusia dengan Tuhan, hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam. Teks kajian yang digunakan meliputi novel Komponen Sastera (KOMSAS) Zon 2, termasuklah 12 novel daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima. Kajian ini mendapati novel Komponen Sastera sememangnya mengandungi unsur pemik..... 14 hits |